Jari Manis : Travel List: Umrah
Selamat Datang Ke Jari Manis : Travel List Blog

You can click on me :-)

Google+ Followers

Meh la polo sini :-)

Pages

Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Monday, 14 January 2013

Hanya tinggal Kenangan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kawan-kawan...

Apa perancangan korang hari ini atau tiada perancangan..lalui sahaja hari-hari mendatang dengan rutin harian...Jangan macam itueww..setiap hari kita kena ada jadual hidup supaya hidup kita ni tidak sia-sia..setiap hari di penuhi dengan perkara yang berfaedah...bak kata pepatah yang selalu kita dengar hari ini mesti lebih baik dari semalam..kalau boleh tak nak hari ini sama seperti semalam atau hari ni lebih teruk dari semalam..moh kita pertingkatkan motivasi diri....cheee wahh..bercakap macam pakar jer kan..menyampah orang dengar...ahahaha...yo lah kawe sekadar berkongsi pendapat..apa yang baik boleh jadikan panduan dan ikutan..apa yang buruk buang ke tepi...jangan simpan dalam hati...ehehe

Itu baru muqodimah..belum masuk ke topik sebonar lagi ni haaa....

Hoyeeee....kenapa tiba-tiba kuar statement IMPIAN TERCAPAI ni..apa impian aku sebenar nya..nak kahwin kah..nak melancong lagi kah...atau tunggu kenaikan pangkat selepas beberapa tahun menamatkan pengajian Degree di UKM...siapa boleh guest...eheheh...hamboi main teka teki plak yer...

Aku pasti setiap orang dalam dunia ni mempunyai impian dan angan-angan  atau aim masing-masing seperti kepada yang baru tamat pengajian sudah tentu nak dapatkan kerja yang bersesuaian, dah ada kerja mesti nak beli kereta ker..rumah ker...bila dah stabil sikit mula lah nak cari pasangan hidup kan?...dah ada pasangan nak dapat anak pulak..bila dah ada anak nak tambah anak la lagi...Ada tak sesiapa yang berangan nak kahwin lagi...eheheh..jangan macam itue yer...berangan lah untuk menambah kemesraan dalam rumahtangga, meujudkan kegembiraan dan kejujuran dalam perkahwinan kerna dalam kehidupan rumahtangga ini banyak dugaan dan cabaran...che wahh cakap macam orang berpengalaman kan..yo lah kalau tak lalui sendiri mana tahu kan...cakap boleh la...full stop :-)

Holla..bebalik kepada topik sebenar..siapa boleh guest apa impian aku sebenarnya...anyone..anyone..ehehe. In Shaa Allah..aku akan menunaikan UMRAH pada 15/02/2013 - 01/03/2013 nanti. Mesti akan ada orang cakap...alahhh..ingatkan apa tadi..eeheh..yo lah..bukan semua orang boleh pergi kerana ada yang berduit..kiranya duit bukan penghalang tetapi still belum terpanggil untuk ke sana kan..

Aku tahu sudah ramai rakan bloggers yang telah sampai ke sana ..Syukran ..Alhamdulillah..dan sekarang turn aku pulak...tidak sabar rasanya...eheheh

Setiap kali aku melancong ke obersea..rakan-rakan rapat asyik bertanya.."nko ni asyik melancong jer..bila nak pergi Umrah pulak"..aku senyum jer...In Syaa Allah....kalau aku nak pergi..aku nak bawak ibuku bersama..bila dah berdua kos nya tinggi..kalau aku nak pergi sorang..dah lama aku sampai kan..

Bukan niat nak riak ker haper..sekadar ingin berkongsi kegembiraan sahaja dan sedikt info berkaitan Travel Agent yang berkaitan.

Niat untuk ke sana sudah lama..dengan izin Allah kawan aku mesyuarakan hasrat beliau untuk ke sana..bagai pucuk di cita ulam mendatang...bila di kumpul-kumpul kami berenam telah bersetuju untuk ke sana. Aku mula merisik dan memulakan langkah mencari travel agent yang boleh menguruskan urusan umrah ni. Antara travel agent dalam senarai samaada Andalusia atau Gemilang. Sebenarnya banyak travel agent yang boleh menguruskan nya tapi selepas di buat research..aku dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk pergi dengan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.

Aku telah memilih Andalusia Pakej Umrah dan Ziarah Cairo dengan harga RM5,990 per person bilik berempat/berenam

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
No 9. Jalan Belangkas
Off Jalan Kampung Pandan
Taman Maluri
Kuala Lumpur
Tel No : 03-9283 1588
Faks No : 03-9283 7566


Apabila semua setuju, tempahan dibuat dan booking fee adalah RM300 seorang. Baki bayaran perlu dijelaskan 1 bulan sebelum bertolak. Pelbagai persiapan perlu di buat termasuk menghadiri kursus umrah yang dianjurkan , penyediaan dokumen perjalanan, passport, Visa, Medical report dan perkara-perkara berkaitan.

Jadual Penerbangan:

No Penerbangan           Tarikh           Destinasi         Berlepas       Ketibaan                Transit
      MS 961              15 Feb 2013        KUL - CAI        2200              0540 +1             BANGKOK
      MS 677              19 Feb 2013        CAI - MED       1555              1840                            -
      MS 672              01 Mac 2013       JED - CAI         1830              1940                            -
      MS 960              01 Mac 2013       CAI - KUL       2340              1805 + 1                      -

Penginapan:
Madinah  : Mubarak Silver Hotel atau Staraf
Makkah  : Hera' Palace atau Tharwat Monsia atau Wardat Aqyad Hotel atau SeSetaraf

Ini hanyalah tinggal kenangan selepas aku mendapat berita bahawa Kedutaan Arab Saudi tidak akan meluluskan PERMOHONAN VISA bagi jemaah WANITA yang pergi TANPA MAHRAM..

HANYA TINGGAL KENANGAN dan mungkin ada hikmah di atas apa  yang berlaku kan...
Wasalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tiada catatan.
Tiada catatan.